Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Ronaldinho sewakan rumahnya RM50K semalam PIALA DUNIA 2014


Gooooooooooooooal!

 
 
Apabila tidak terpilih menyertai skuad Brazil bimbingan Luiz Felipe Scolari untuk Piala Dunia 2014, Ronaldinho tampil dengan cara tersendiri untuk menjana kewangannya di musim kejohanan besar itu. Bekas penyerang Barcelona berkenaan memutuskan untuk memberi sewa rumahnya di Rio de Janeiro dengan harga GBP9,120.00 (RM50,130.00) semalaman, bagi memberi peluang keunikan kepada peminat.

Ronaldinho mengesahkan perkara itu di laman Twitter-nya bahawa rumah tersebut sedia untuk disewakan menerusi Airbnb.com ketika kejohanan Piala Dunia 2014 berlangsung.

Bintang Atletico Mineiro itu berkata: "Ini adalah untuk sesiapa yang ragu-ragu bahawa saya akan memberi sewa rumah saya di Airbnb! nikmati #CasaR10."

 Harta Ronaldinho yang juga memiliki enam bilik mandi, adalah di dalam komuniti berpagar di kawasan Barra da Tijuca di Rio.

Kepada sesiapa yang mampu bermalam di rumah pemain 34 tahun itu, dia akan mempunyai akses kepada sauna, bilik bawah tanah dan satu peti sejuk bir.

Seni diilhamkan Ronaldinho mengisi rumah, termasuk lukisan potretnya ketika menyarung jersi Paris Saint-Germain, AC Milan dan pasukan kebangsaan.

Deposit hanya sebanyak lebih GBP600 (RM3,297) diperlukan dan merokok hanya dibenarkan di luar rumah, tetapi 'service team' akan disediakan untuk tetamu.

Masjid Jamek Kuala Lumpur 1909

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Masjid Jamek Kuala Lumpur terletak di Jalan Tun Perak di tengah-tengah ibu kota.

Upacara perletakan batu asas pembinaan masjid ini dilakukan pada 23 Mac 1908 dan disempurnakan pembukaannya oleh DYMM Sultan Alauddin Sulaiman Shah pada 23 Disember 1909.

Seni bina masjid yang bercirikan seni bina Monghul ini berdasarkan reka bentuk masjid di India Utara hasil rekaan arkitek, A B Hubback.

Keunikan masjid ini ialah kedudukannya yang terletak di pertemuan antara Sungai Gombak dan Su­ngai Kelang.


 

 

Kediaman atas air terjun yang WOW

Failing Water antara binaan terkenal dan dikagumi arkitek kerana dibina diatas air terjun.


Terletak di Pennsylvania, Amerika Syarikat,kediaman unit itu direka Frank Lloyd Wright pada 1935 dan siap sepenuhnya pada 1939.
 


Kediaman itu milik keluarga J Kaufmann dan diserahkan kepada Western Pennsylvania Conserva untuk dijadikan muzium


Wang Kelian : Tempat Pelancongan di Perlis

Wang Kelian merupakan sebuah bandar sempadan Perlis di Sempadan Malaysia- Thailand. Ia adalah salah satu daripada dua laluan sempadan di antara Malaysia dan Thailand di negeri Perlis.

Wang Kelian merupakan  destinasi yang wajid dikunjungi jika anda melawat Perlis.Tempat ini amat popular bagi pelancong dan penduduk tempatan kerana terdapat pasar sehari yang terletak di antara  kedua-dua belah sempadan .Biasanya pada hari ahad orang lebih ramai membeli belah di Wang Kelian.Malaysia dan Thailand membenarkan orang ramai untuk bergerak bebas merentasi sempadan untuk membeli-belah tanpa batasan pasaran .Keadaan ini mewujudkan pasaran ekonomi yang rancak di antara sempadan tersebut.
 
 




 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...