Showing posts with label Sport. Show all posts
Showing posts with label Sport. Show all posts

10 kereta pilihan pemain bola sepak EPL

1.) Range Rover
range rover 2013
2.) Bentley Continental GT
bentley-continental-gt
3.) Range Rover Sport
Range-Rover-Sport
4.) AUDI Q7
audi-q7
5.) BMW X5
bmw-x53
6.) Porsche Cayenne
Porsche Cayenne Turbo S (1)
7.) Lamborghini Gallardo
lamborghini_gallardo
8.) Ferrari 458
Ferrari-458-Italia-2
9.) Maserati Gran Turismo
Maserati-GranTurismo-MC-Manhattan
10.) Aston Martin DB9
Aston Martin DB9 2013 (11)

SIARAN LANGSUNG Perlawanan Piala Malaysia 2014 (Pusingan Pertama) PAHANG lawan JDT II, 13 Ogos 2014

http://mystream.rtm.gov.my/

Piala Malaysia 2014 pertembungan antara skuad Pantai Timur dan Selatan

 
Piala Malaysia 2014 membuka tirai dengan pertembungan antara skuad Pantai Timur dan Selatan yang akan kita saksikan siaran langsung di #AstroArena  Rabu (13 Ogos)!

Carta Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2014



Perkara yang anda perlu tahu tentang Gotze (PEMAIN JERMAN)

Mario Gotze bukanlah pemain tumpuan yang dimiliki pasukan Jerman sehinggalah dia menjadi hero dengan menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan, untuk membolehkan Jerman menjulang trofi Piala Dunia. Gotze tidak bermain ketika Jerman menewaskan tuan rumah Brazil 7-1 dalam aksi separuh akhir, malah hanya muncul sebagai pemain gantian ketika perlawanan berbaki 7 minit semasa menewaskan Perancis di peringkat suku akhir.

Dia sekali lagi diketepikan untuk membarisi kesebelasan utama pada perlawanan akhir, sebelum tampil menggantikan Miroslav Klose di minit ke-88. Tetapi dialah pemain yang menghadiahkan Jerman Piala Dunia ke-4 menerusi rembatan di minit ke-113 selepas menerima hantaran daripada Andre Schurrle.

Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu tentang pemain ini:
- Masih berumur 22 tahun.

- Membuat perpindahan kontroversi bernilai 37 juta euro (RM160 juta) daripada Borussia Dortmund (kelab sejak zaman kanak-kanak) ke pesaing Bayern Munich pada musim lalu. Penyokong Dortmund menganggap ia sebagai pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan dan sejak perjanjian itu diumumkan dua bulan sebelum akhir musim ini, penyokong Dortmund terus marah sehingga ada banner tertulis: "Mengejar wang menunjukkan betapa kurangnya kesetiaan anda. F *** off Gotze!."

- Perpindahan itu membuatkan Gotze menjadi pemain kedua termahal Jerman untuk sepanjang zaman, selepas Mesut Ozil yang berpindah daripada Real Madrid ke Arsenal beberapa bulan kemudian dengan yuran bernilai 50 juta euro (RM217 juta).


- Bayern membuat permohonan maaf kepada pengeluar kit Adidas selepas Gotze muncul di sidang media pertamanya dengan memakai baju Nike. 

- Tampil bersama pasukan yang memenangi kejuaraan 'treble' musim sebelum ini, Gotze menjadi pemain kegemaran Pep Guardiola tetapi dia masih berhempas pulas untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama Bayern.

- Gotze menamatkan musimnya dengan 15 gol dan 14 'assist' dalam keseluruhan pertandingan.

- Kerjaya profesional Gotze hanya melibatkan lima musim, tetapi dia telah memenangi dua gelaran Bundesliga dan DFB Pokal bersama Dortmund, serta memenangi DFB Pokal, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA pada musim lalu bersama Bayern. Dan kini, dia memiliki Piala Dunia.     

- Diberi gelaran "Messi Jerman," tetapi Gotze memberitahu wartawan: "Tidak, saya mahu menjadi Cristiano Ronaldo Jerman."

- Sebelum menjejakkan kaki dalam perlawanan akhir Piala Dunia, pengurus Jerman Joachim Low memberitahu Gotze: "Tunjukkan kepada dunia bahawa kamu lebih bagus daripada Messi dan kamu boleh memutuskan keputusan perlawanan.

Anugerah Piala Dunia 2014

Anugerah Piala Dunia 2014

Pemain Terbaik Kejohanan (Golden ball) - Lionel Messi (Argentina)
Penjaga Gol Terbaik (Golden glove) - Manuel Neuer (Jerman)
Penjaring Gol Terbanyak (Golden boot) - James Rodriguez (Colombia)...
Pemain Muda Terbaik - Paul Pogba (Perancis)
FIFA Fair Play - Colombia


 

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN AKHIR ARGENTINA VS JERMAN PIALA DUNIA BRAZIL 2014

 
JERMAN 1 ARGENTINA 0

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN AKHIR JERMAN VS ARGENTINA PIALA DUNIA 2014


Calon penjaga gol anda bagi memenangi "Golden Glove" Piala Dunia 2014?

pilihan penjaga gol anda bagi memenangi "Golden Glove" Piala Dunia 2014?
-Keylor Navas (Costa Rica)
-Manuel Neuer (Jerman)
-Sergio Romero (Argentina)

SIARAN LANGSUNG Upacara Penutup dan penentuan JUARA PIALA DUNIA 2014, JERMAN lawan ARGENTINA,

Saksikan SIARAN LANGSUNG Upacara Penutup dan penentuan JUARA PIALA DUNIA 2014, JERMAN lawan ARGENTINA, 14 Julai 2014 (Isnin), pukul 1.15 pagi di TV2 dan TVi (RTM) (Astro 180)

Photo: #RioToMalaysia! Saksikan SIARAN LANGSUNG Upacara Penutup dan penentuan JUARA PIALA DUNIA 2014, JERMAN lawan ARGENTINA, 14 Julai 2014 (Isnin), pukul 1.15 pagi di TV2 dan TVi (RTM) (Astro 180)

10 sebab mengapa Jerman mampu menang Piala Dunia 2014

10 Sebab mengapa Jerman mampu menang Piala Dunia 2014

1. Miroslav Klose


Gol Klose pada minit ke-22 semasa perlawanan di antara Jerman dengan Brazil meletakkan beliau dalam sejarah sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia 2014.

Klose mempamerkan aksi menakjubkan sejak Piala Dunia 2002 apabila menjaringkan lima gol pada kejohanan tersebut. Pada 2006, beliau sekali lagi mencatat lima gol dan pada 2010, empat gol.

Miroslave
Miroslav Klose dan Sami Khedira meraikan jaringan Toni Kroos pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia di antara Brazil dan Jerman di di Estadio Mineirao, Belo Horizonte. - EPA

Kini, setelah empat tahun beliau masih lagi dan akan terus menyengat.

2. Permainan yang mantap

Jerman bukan sahaja sebuah pasukan bolasepak, malah mereka disifatkan sebagai ‘mesin’ yang mampu memusnahkan lawan mereka. Kalau dahulu mereka lebih banyak menumpukan kepada benteng pertahanan, tetapi sekarang mereka telah mempunyai sentuhan permainan ala Sepanyol dengan pemain tengah dan penyerang banyak membuat asakan.

Ditambah dengan ketangkasan Manuel Neuer yang menjaga pintu gol mereka, Jerman merupakan sebuah ‘mesin’ yang sukar dihalang. Ini terbukti apabila mereka membelasah pasukan tuan rumah yang juga merupakan pasukan lagenda Piala Dunia, Brazil dengan 7-1.

3. Penyerang yang berbisa

Selain Klose, Jerman mempunyai beberapa lagi penyerang berbisa yang mampu menyempurnakan hantaran dengan baik. Mereka adalah Thomas Muller dan Andre Schurrle.

Sebagai penyerang, Muller sering kali dilihat berada tepat pada masanya untuk membuat penyudahan gol semasa rakan sepasukannya membuat hantaran.

Schurrle pula berani berhadapan dengan benteng pertahanan pasukan lawan dan tidak gentar apabila melakukan serangan.

4. Tiada ‘Messi’

Tidak seperti pasukan Argentina, Jerman tidak mempunyai pemain atau ‘bintang' yang terpaksa mereka bergantung harap seperti Lionel Messi.

Meskipun mempunyai bintang ada kelebihannya, tetapi ia menjadi masalah apabila pemain tersebut mengalami kecederaan seperti yang berlaku pada Brazil. Tidak seperti Jerman, Argentina terlalu banyak bergantung kepada Messi.

Tanpa perlu berharap kepada hanya seorang pemain, Jerman mampu berfungsi cemerlang sebagai sebuah pasukan. Ini memberikan mereka kelebihan berbanding Argentina.

Piala Dunia
Pemain Jerman meraikan kemenangan selepas mengalahkan Brazil, 7-1 pada perlawanan separuh akhir. -  AP/MARTIN MEISSNER

5. Kerjasama yang baik

Mereka bertahan, bergerak dan menyerang sebagai sebuah pasukan. Daripada penjaga gol, hingga ke penyerang, mereka dapat membaca pergerakan satu sama lain dengan amat baik.

Benteng pertahanan yang dikawal oleh Mats Hummels, Jerome Boateng dan Philipp Lahm bukan sahaja kukuh di bahagian pertahanan, mereka juga mampu membawa permainan ke bahagian tengah untuk diserahkan kepada pemain tengah seperti Mesut Ozil dan seterusnya kepada Klose dan Muller di bahagian serangan.

Pergerakan ini memperlihatkan Jerman bertindak sebagai sebuah pasukan yang kemas.

6. Permainan Argentina yang ‘lemah’

Jika Argentina terpaksa berhempas pulas hingga ke minit-120 dan seterusnya ke penentuan penalti untuk menewaskan Belanda, bayangkan apa yang mereka terpaksa lalui dengan Jerman.

Jika Jerman berjaya mematikan pergerakan Messi, tidak hairan Argentina akan menerima nasib yang sama dengan Brazil nanti.

7. Mereka telah menundukkan Brazil

Jerman telah menjadi pasukan yang pertama menjaringkan tujuh gol dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia dan menundukkan pasukan tuan rumah di hadapan penyokongnya sendiri.

Dengan momentum yang dikekalkan sekarang, mereka mampu menjadi wakil Eropah yang berjaya ‘menakluki’ bola sepak di bumi Latin.

PIala DUnia
Papan skor menunjukkan keputusan akhir Jerman membelasah tuan rumah, Brazil dengan 7-1. - AP/MARTIN MEISSNER

8. Semangat 1990

Pada perlawanan final Piala Dunia 1990, Jerman berjaya membalas kembali kekalahan mereka pada 1986 dengan Argentina. Ia ditambah lagi dengan dua kekalahan berturut-turut Argentina kepada Jerman pada peringkat suku akhir pada Piala Dunia 2006 dan 2010.

Ini tentunya akan membuatkan Argentina dahagakan pembalasan. Tetapi semangat inilah yang akan membuatkan Jerman akan terus menghalang Argentina dari merampas semula rekod yang dicipta.

9. Bahagian tengah yang kukuh

Sepanjang kejohanan Piala Dunia kali ini, Jerman dilihat amat cekap dalam melakukan hantaran-hantaran bola yang kemas dan cantik. Ini memudahkan lagi tugas Muller, Klose dan Schurrle untuk menjaringkan gol.

Selain itu, bahagian tengah Jerman juga dikatakan antara tonggak kekuatan pasukan tersebut. Gandingan pemain-pemain tengah seperti Sami Khedira, Bastian Schweinsteiger, Mesut Ozil dan Toni Kroos yang bertindak sebagai pertahanan dan juga penyerang mampu menyekat pergerakan pihak lawan.

10. Semangat yang tinggi

Semangat Jerman seolah-olah mereka turun untuk beperang, dan inilah yang diperlukan untuk setiap pasukan jika hendak memenangi sebarang kejohanan. Kerjasama serta semangat berpasukan mereka amat kukuh tanpa sebarang ego di antara mereka.

Semangat bersatu padu ini amat membezakan mereka dengan Argentina, dan ini tentunya antara sebab utama mengapa Jerman pasti akan memenangi Piala Dunia 2014.  

10 sebab mengapa Argentina mampu menang Piala Dunia 2014

1. Lionel Messi
Terbukti Pemain Terbaik Dunia atau FIFA Ballon d’Or tahun 2010, 2011 dan 2012 ini merupakan tonggak utama pasukan Argentina yang kini meledak dengan empat gol dalam Piala Dunia kali ini.


Lionel Messi
Lionel Messi (Sumber: AP)

Namun keupayaannya untuk menjaringkan gol kadang kala terbatas kerana pertahanan lawan begitu galak mengawalnya menyebabkan tugasan penjaring dilakukan oleh rakan segandingan beliau seperti Gonzalo Higuain dan Sergio Aguero.

2. Pertahanan yang kental

‘Backfour’ Argentina yang diterajui oleh Martin Demechelis, Ezequiel Garay, Pablo Zabaleta dan Marcos Rojo begitu kental sehingga menyebabkan pengendali Argentina, Alejandro Sabella memilih keempat ‘musketeers’ Argentina ini sebagai benteng kukuh untuk setiap perlawanan.

Sehingga kini, pintu gol Argentina hanya bolos sebanyak tiga gol sahaja.

3. Faktor benua

Meski Brazil dibelasah teruk 7-1 oleh Jerman pada separuh akhir, Argentina sebagai wakil tunggal Amerika Selatan masih tetap dilihat sebagai ‘favourite’ untuk memenangi final bertemu Jerman.

Argentina
Pasukan Argentina (Sumber:AP)

Seluruh warga Amerika Selatan akan memberikan sokongan tidak berbelah bagi mereka kepada Argentina sebagai solidariti Amerika Selatan.

Sejarah Piala Dunia mencatatkan bahawa tiada satu pasukan Eropah yang berjaya di benua Amerika Selatan dan dijangkakan sejarah ini akan berterusan.

4. Sergio Romero

Selain kekentalan ‘backfour’ mereka, penjaga gawang kelab AS Monaco ini juga antara faktor yang mampu membawa Argentina menang Piala Dunia 2014.

Kekentalannya mengawal gawang dari pelbagai sudut membuatkan pemain lawan tertekan dengannya kerana gagal menembusi pintu gol.

Sehingga perlawanan akhir, Romero hanya melepaskan tiga gol iaitu ketika menentang Bosnia-Herzegovina dan Nigeria.

5. Semangat untuk membalas dendam

Pada 1990, Jerman berjaya membalas kembali kekalahan tewas di final 1986 kepada Argentina.

Ini ditambah dua kekalahan berturut-turut Argentina kepada Jerman pada peringkat suku akhir pada Piala Dunia 2006 dan 2010, menambahkan lagi semangat pasukan Argentina untuk mengembalikan semula maruah pasukan dengan menewaskan Jerman.

6. Sikap Jerman terlalu ‘overconfidence’

Jerman mungkin masih terbuai dengan kejayaan membelasah 7-1 keatas Brazil dan ini menambahkan lagi keyakinan untuk menundukkan Argentina dengan margin gol yang sama.

Walhal, Argentina yang sudah pun membaca permainan Jerman akan menyerap segala asakan keghairahan Jerman untuk mencari gol dan akan bertindak balas dengan gol daripada pihak mereka.

7. Pemain simpanan yang berkualiti

Argentina mempunyai pemain simpanan yang berkualiti lebih-lebih lagi apabila ada pemain yang tercedera.

Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran Ezequiel Lavezzi dan Gonzalo Higuain yang dapat mengisi tempat perancang tengah Argentina, Angel Di Maria yang terlepas aksi perlawanan akhir kerana kecederaan lutut.

8. Rekod menang yang ‘perfect’

Meskipun Argentina tidak banyak melakukan jaringan dalam Piala Dunia ini, mereka tidak pernah sekalipun tewas mahupun mencicirkan mata penting.

road to final

Berbanding Jerman yang mencicirkan dua mata ketika seri dengan Ghana.

9. Jurulatih terbaik

Dari tahun 1986 selepas mereka kali terakhir memenangi Piala Dunia, Argentina sudah pun bertukar tujuh jurulatih.

Alejandro Sabella
Alejandro Sabella (Sumber: AP)

Jurulatih terkini, Alejandro Sabella dianggap sebagai jurulatih paling berjaya kerana berjaya membawa Argentina ke peringkat akhir selepas beberapa tahun mencuba dengan pelbagai jurulatih termasuk legenda Argentina, Diego Maradona.

10. Penyokong Argentina

Penyokong Argentina juga adalah salah satu faktor yang mampu bawa Argentina memenangi Piala Dunia disebabkan keriuhan yang mereka timbulkan dalam stadium mengatasi penyokong Jerman yang tidak berapa ramai di stadium.  

KEPUTUSAN PENUH TAMAT perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia di Stadium Nasional, Brasilia

TAMAT perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia di Stadium Nasional, Brasilia, sebentar tadi. Pemain Belanda, Wijnaldum menambah derita Brazil selepas menjaringkan satu lagi gol pada minit akhir perlawanan sebentar tadi. Keputusan penuh Belanda 3, Brazil 0.

KEPUTUSAN PENUH penentuan tempat ke-3 dan ke-4, BRAZIL lawan BELANDA

Brazil 0 Belanda 3

SIARAN LANGSUNG penentuan tempat ke-3 dan ke-4, BRAZIL lawan BELANDA

SIARAN LANGSUNG penentuan tempat ke-3 dan ke-4, BRAZIL lawan BELANDA, pukul 4.00 pagi ini di TV2 dan TVi (RTM) (Astro 180)

Jadual perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2014 (11 - 14 Julai) di Tv1, TV2 dan TVi (RTM) Astro 180


JADUAL PERLAWANAN BRAZIL VS BELANDA KEDUDUKAN 3/4 PIALA DUNIA BRAZIL 2014

Mampukah BRAZIL bangkit daripada kekalahan yang memalukan di laman sendiri apabila berhadapan BELANDA bagi perlawanan kedudukan 3/4? Saksikan siaran langsung jam 3:30 pg Ahad ini

LALUAN JERMAN KE FINAL PIALA DUNIA BRAZIL 2014


LALUAN ARGENTINA KE FINAL PIALA DUNIA BRAZIL 2014


Sesi Perkenalan Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan Kebangsaan yang Baru

(Kiri: Fritz Schmid, Datu Sudarsono, Dollah Salleh dan Dato’ Hamidin)

Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hamidin telah memperkenalkan secara rasmi Dollah Salleh sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Datu Sudarsono,  Naib Presiden FAM sebagai Pengurus Pasukan Kebangsaan dan Fritz Schmid sebagai Pengarah Teknikal FAM pada 9 Julai 2014.
Datu Sudarsono Osman  telah menyatakan bahawa beliau menerima cabaran untuk menjadi pengurus pasukan kebangsaan berikutan minat yang mendalam terhadap bola sepak negara. Beliau memberitahu sidang media bahawa beliau teruja untuk menyumbang tenaga dan idea untuk membawa mutu bola sepak negara ke peringkat yang lebih tinggi.

·         Perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Tajikistan pada 8 Ogos 2014 ini merupakan cabaran pertama untuk ketua jurulatih Dollah Salleh bersama pasukan kebangsaan dibawah pimpinan beliau. Beliau mempunyai masa yang singkat untuk berlatih bersama pasukan kebangsaan.
 
o   Sesi latihan hanya berlangsung dalam satu hingga dua hari sahaja sebelum pasukan berlepas ke Tajikistan.
o   Perlawanan persahabatan kelas A berdepan Jordan akan berlangsung pada 11 Oktober tahun ini.
o   Dollah Salleh akan mula mengumpul pemain untuk skuad kebangsaan selepas Hari Raya Aidilfitri.
o    60-70 peratus majoriti pemain skuad kebangsaan akan dikekalkan dan Piala Malaysia akan menjadi platform untuk mencari bakat-bakat baru yang menyerlah untuk diserapkan bersama pasukan Harimau Malaya.
o   Pemain yang terpilih untuk pasukan kebangsaan akan berlatih selama sebulan dalam penyediaan ke kejohanan Piala AFF Suzuki 2014.
 
·         Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk pasukan kebangsaan untuk sekurang-kurangnya layak ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2014.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...