Dapatkan Majalah Harimau Selatan #7 yang terbaru. Isu terkini tampil dengan Amri Yahyah sebagai penghias majalah dan terdapat juga beberapa individu penting yang dicoretkan jasa dan pengorbanan mereka terhadap pasukan Harimau Selatan.
* Promosi Terhad - untuk 300 pembeli pertama yang mendapatkan majalah Harimau Selatan di Pej. Southern Tigers Sdn Bhd akan menerima sekeping CD, Rocket To Mecca yang memuatkan lagu rasmi Harimau Selatan.
Tempahan secara online di buka sekarang, sila lawati website berikut http://register.johorsoutherntigers.com.my/product/harimau-selatan-magazine-7/
Showing posts with label Book. Show all posts
Showing posts with label Book. Show all posts
Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
Buku Kenali Rasul Kita Muhammad SAW menghimpunkan hadis diriwayatkan berkaitan diri Baginda dari sudut fizikal, keindahan akhlak, cara Baginda berpakaian, makan, minum, tidur, solat, berbicara dan bergaul.buku ini dapat menerbitkan rasa rindu kepada Rasulullah SAW kerana keindahan akhlak serta cara hidupnya yang sederhana membuatkan kita berasa ingin bersama Baginda, mengikuti sunah dan mencontohi tata cara hidup Baginda.
Buku ini digarap dengan persembahan yang segar, dilengkapi gambar serta hujah padat sesuai buat segenap lapisan masyarakat untuk mengenali Rasulullah SAW melalui 56 bab merangkumi semua aspek kehidupan baginda.
Di samping itu, buku ini turut memuatkan profil ringkas perawi hadis dalam kalangan sahabat dan tabiin supaya pembaca mendapat maklumat mengenai periwayat hadis Rasulullah SAW.
Cinta Nabi mengandungi keutamaan yang sangat besar kerana cinta kepada Nabi Muhammad SAW boleh menempatkan kita pada darjat yang tinggi di syurga.
Umat Islam perlu kembali menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan untuk menjadi bangsa yang berjaya di dunia serta akhirat. Baginda diutuskan untuk menjadi teladan kepada seluruh manusia menepati firman Allah SWT, bahawa Rasulullah SAW itu contoh ikutan terbaik.
Subscribe to:
Posts (Atom)

