Wang Kelian : Tempat Pelancongan di Perlis

Wang Kelian merupakan sebuah bandar sempadan Perlis di Sempadan Malaysia- Thailand. Ia adalah salah satu daripada dua laluan sempadan di antara Malaysia dan Thailand di negeri Perlis.

Wang Kelian merupakan  destinasi yang wajid dikunjungi jika anda melawat Perlis.Tempat ini amat popular bagi pelancong dan penduduk tempatan kerana terdapat pasar sehari yang terletak di antara  kedua-dua belah sempadan .Biasanya pada hari ahad orang lebih ramai membeli belah di Wang Kelian.Malaysia dan Thailand membenarkan orang ramai untuk bergerak bebas merentasi sempadan untuk membeli-belah tanpa batasan pasaran .Keadaan ini mewujudkan pasaran ekonomi yang rancak di antara sempadan tersebut.
 
 




 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...