Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Apa yang anda perlu tahu tentang TASKA

Apa yang anda perlu tahu tentang TASKA
 

Apa yang anda perlu tahu tentang TASKA | What you need to know about Child Care Centres
by Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 (Akta 308)

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 digubal bertujuan:
  • Memastikan setiap TASKA yang ditubuhkan berdaftar
  • Mengadakan pemeriksaan dan pengawalan
  • Menentukan kebajikan, kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan

DEFINISI TASKA
Mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun untuk dijaga dan diasuh dengan menerima upah

KATEGORI TASKA
  1. TASKA di Institusi- Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  2. TASKA di Tempat Kerja- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan- Ditubuhkan di tempat kerja 
  3. TASKA Komuniti- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan- Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri 
  4. TASKA di Rumah- Menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak dalam jagaan
SYARAT-SYARAT PENUBUHAN TASKA
  1. Premis berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS)
  2. Premis mendapat sokongan/kelulusan daripada agensi-agensi teknikal iaitu:
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat; dan
  • Jabatan Kesihatan
  • Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
3.  Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

STANDARD MINIMUM JKM
Di antara standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut:
  1. Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak mencukupi- Di bawah umur 3 tahun - 1:5- 3 hingga 4 tahun = 1:10- Kanak-kanak OKU = 1:4 
  2. Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  3. Pengasuh telah hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)
  4. Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak dan 2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak TASKA di rumah
  5. Menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak
  6. TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak
  7. Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA
  8. Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis TASKA
PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA
  1. Permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran
  2. Pengusaha TASKA di Rumah perlu memaklumkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran untuk direkodkan
  3. Garis Panduan permohonan penubuhan TASKA boleh dibeli di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran
  4. Permohonan pendaftaran TASKA yang LENGKAP diproses dalam tempoh 21 hari
  5. Bayaran pendaftaran RM50.00
  6. Senarai TASKA berdaftar boleh disemak melalui laman web www.jkm.gov.my
KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
  • Pengusaha, penyelia dan pengasuh TASKA diwajibkan hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh JKM
  • Permohonan untuk mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak boleh dibuat dengan melayari portal ezi2care (https://ezi2care.jkm.gov.my/portal/)
TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP TASKA
Mana-mana TASKA yang tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi piawaian JKM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
  • Didakwa di mahkamah dan boleha) didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanyab) bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya 
  • Dikenakan kompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan
  • TASKA dilak (seal)
  • Pendaftaran TASKA dibatalkan
     
  • TASKA diarah tutup
MAKLUMAT LANJUT DAN MAKLUMBALAS

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai maklumat mengenai mana-mana TASKA yang tidak berdaftar, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran atau Talian NUR 15999 untuk membuat aduan.
 

Tips cara mendidik anak lelaki dan perempuan.


5 Kebenaran Tentang Sosej !

 Kebenaran Tentang Sosej :

 1) Mengandungi Bahan-Bahan kimia 'deadly' Dangerous seperti :


- Nitrite
- Heterocyclic Amines (HCAs)
- Starch
- Various types of meat!
- High Salts
- High Fructose Syrup
- High MSG
- Artificial colouring ( Supaya warna hot dog jadi pinkish!)
- Perservatives

2) 7000 kajian saintifik
telah membuktikan bahawa Sosej yang mengandungi bahan-bahan di atas sangat berkait rapat dengan Kanser!

3) Kanak-kanak yang makan
12 batang Sosej sebulan mempunyai risiko 9 kali lebih tinggi untuk mendapat Leukaemia.

4) Ibu mengandung
yang makan Sosej 1 batang Hot dog setiap minggu akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat Barah otak!

5) Sosej meningkatkan risiko Kanser :
Kanser Usus - 50%
Kanser Pundi Kencing - 59%
Kanser Perut - 38%
Pankreas - 67%


Ini bukan Fakta yang di reka - Tapi adalah Fakta sebenar yang menunjukkan betapa pengguna di manipulasi oleh Food Industries!

Jauhkan aka 'Haram' kan ia dari anak-anak kita!

 Care For Our Lovely Kids!

The Road Not Taken



Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
 
Robert Frost
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...