Masjid Jamek Kuala Lumpur 1909

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Masjid Jamek Kuala Lumpur terletak di Jalan Tun Perak di tengah-tengah ibu kota.

Upacara perletakan batu asas pembinaan masjid ini dilakukan pada 23 Mac 1908 dan disempurnakan pembukaannya oleh DYMM Sultan Alauddin Sulaiman Shah pada 23 Disember 1909.

Seni bina masjid yang bercirikan seni bina Monghul ini berdasarkan reka bentuk masjid di India Utara hasil rekaan arkitek, A B Hubback.

Keunikan masjid ini ialah kedudukannya yang terletak di pertemuan antara Sungai Gombak dan Su­ngai Kelang.


 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...