Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

10 orang terkaya di Malaysia bagi 2014


10. Datuk Mokhzani Mahathir
- Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, memiliki kekayaan RM4.22
9. Puan Seri Lee Kim Hua
- Kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM7.47b
8.Tan Sri Lim Kok Thay
- Kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM9.43b
7. Tan Sri Syed Mokhtar
- Memiliki yayasan Bukhary, memiliki kekayaan RM11.07b
6. Tan Sri Lee Shin Cheng
- 101 groups, memiliki kekayaan RM13.12b
5.Tan Sri Quek Leng Chan
- Hong Leong Group, memiliki kekayaan RM14.11b
4. Tan Sri Teh Hong Piow
- Tokoh perbankan Public Bank, memiliki kekayaan RM18.07b
3. T Ananda Krishnan
- Ahli perniagaan unggul. Pemilik Astro dan Maxis. Memiliki kekayaan RM33.19b
2.Tan Sri Robert Kuok
- Hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong. Memiliki kekayaan RM54.48b
1. Orang yg solat subuh berjemaah
- Memiliki kekayaan yang melebihi dunia dan segala isinya.

Dari Aisyah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dua rakaat solat sunat subuh, lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim, Tirmidzi, Nasa'i & Ahmad)


 

sebab kenapa remaja sekarang lebih sukakan ‘flea market’


Sebab kenapa remaja sekarang lebih sukakan ‘flea market’


SIANG LEBIH SENANG

Remaja sering dilabel suka keluar malam dan lebih memilih melakukan aktiviti di malam hari berbanding siang. Tidak dinafikan tanggapan ini ada kebenarannya, tetapi dalam hal membeli-belah atau mengisi masa terluang di hujung minggu, kita akan memilih untuk keluar siang dan melepak santai bersama rakan di sebelah malam. Justeru itu, ‘flea market’ yang dibuka pada siang hari menarik lebih ramai pengunjung terutama remaja.

flea market adalah lokasi tumpuan hujung minggu bersama rakan. Pada sebelah malam pula, ramai di kalangan kita lebih memilih untuk berborak kosong dan bertemu geng di kedai mamak ataupun menonton wayang beramai-ramai.


TEMA UNIK

Di zaman serba canggih, Internet antara landasan terpenting untuk kita sebarkan maklumat. Kebiasaannya, ‘flea market’ jarang sekali diadakan setiap hari kerana penganjur lebih memilih waktu hujung minggu atau cuti umum.

Kajian mengenai sikap membeli-belah secara atas talian boleh dihubung kait dengan isu ini. Remaja antara kelompok terbesar dilabel ‘gila membeli-belah atas talian’ dan kebanyakan pemilik gerai flea market pula rata-ratanya bermula sebagai peniaga atas talian. Jadi, pelanggan setia produk mereka akan diberitahu mengenai penganjuran flea market yang disertai mereka selain potongan harga menarik diadakan.

 Flea market kebanyakannya dianjurkan golongan muda dan pendekatan diambil dengan cara lebih santai. Ada sesetengah flea market dianjurkan dengan tema tersendiri dan ada juga diadakan atas dasar jualan amal. Penulis difahamkan, gaya penganjuran flea market kini lebih menarik apabila skop tema diperincikan lagi dengan kemunculan ‘Hijabista flea market’.


TARIKAN PENIAGA MUDA
Membuka ruang untuk remaja terus mengorak langkah menjadi usahawan muda bermula dengan modal kecil-kecilan.

90 peratus peniaga di flea market terdiri daripada anak muda. Mungkin disebabkan idea mereka lebih segar menghasilkan produk dengan gaya terkini antara pendorong utama remaja lebih gemar mengunjunginya.

Menariknya, acara seperti ini tidak lain bertujuan untuk mengangkat hasil seni dan reka tangan anak muda tempatan yang masih baru dalam bidang keusahawanan dan lebih mengujakan apabila tiada sebarang garis panduan diberikan kepada usahawan muda. Apa saja boleh dihidangkan kepada pengunjung sama ada label pakaian sendiri, kraf tangan unik, aksesori gaya terkini, bahkan reka bentuk makanan menarik juga boleh ditemui di sini. Pun begitu, terdapat juga flea market yang dimonopoli golongan ‘otai’ contohnya di Amcorp Mall, Petaling Jaya dikelaskan sebagai pasar lambak barang antik dan terpakai paling besar dan paling lama di Lembah Klang.


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...