Apa yang anda perlu tahu tentang TASKA | What you need to know about Child Care Centres
by Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 (Akta 308)
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 digubal bertujuan:
- Memastikan setiap TASKA yang ditubuhkan berdaftar
- Mengadakan pemeriksaan dan pengawalan
- Menentukan kebajikan, kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan
DEFINISI TASKA
Mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun untuk dijaga dan diasuh dengan menerima upah
KATEGORI TASKA
- TASKA di Institusi- Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
- TASKA di Tempat Kerja- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan- Ditubuhkan di tempat kerja
- TASKA Komuniti- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan- Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
- TASKA di Rumah- Menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak dalam jagaan
- Premis berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS)
- Premis mendapat sokongan/kelulusan daripada agensi-agensi teknikal iaitu:
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Jabatan Bomba dan Penyelamat; dan
- Jabatan Kesihatan
- Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
STANDARD MINIMUM JKM
Di antara standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak mencukupi- Di bawah umur 3 tahun - 1:5- 3 hingga 4 tahun = 1:10- Kanak-kanak OKU = 1:4
- Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
- Pengasuh telah hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)
- Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak dan 2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak TASKA di rumah
- Menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak
- TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak
- Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA
- Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis TASKA
- Permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran
- Pengusaha TASKA di Rumah perlu memaklumkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran untuk direkodkan
- Garis Panduan permohonan penubuhan TASKA boleh dibeli di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran
- Permohonan pendaftaran TASKA yang LENGKAP diproses dalam tempoh 21 hari
- Bayaran pendaftaran RM50.00
- Senarai TASKA berdaftar boleh disemak melalui laman web www.jkm.gov.my
- Pengusaha, penyelia dan pengasuh TASKA diwajibkan hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh JKM
- Permohonan untuk mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak boleh dibuat dengan melayari portal ezi2care (https://ezi2care.jkm.gov.my/portal/)
Mana-mana TASKA yang tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi piawaian JKM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
- Didakwa di mahkamah dan boleha) didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanyab) bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
- Dikenakan kompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan
- TASKA dilak (seal)
- Pendaftaran TASKA dibatalkan
- TASKA diarah tutup
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai maklumat mengenai mana-mana TASKA yang tidak berdaftar, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran atau Talian NUR 15999 untuk membuat aduan.