Kenali Rasul Kita Muhammad SAW


Buku Kenali Rasul Kita Muhammad SAW menghimpunkan hadis diriwayatkan berkaitan diri Baginda dari sudut fizikal, keindahan akhlak, cara Baginda berpakaian, makan, minum, tidur, solat, berbicara dan bergaul.buku ini dapat menerbitkan rasa rindu kepada Rasulullah SAW kerana keindahan akhlak serta cara hidupnya yang sederhana membuatkan kita berasa ingin bersama Baginda, mengikuti sunah dan mencontohi tata cara hidup Baginda.

Buku ini digarap dengan persembahan yang segar, dilengkapi gambar serta hujah padat sesuai buat segenap lapisan masyarakat untuk mengenali Rasulullah SAW melalui 56 bab merangkumi semua aspek kehidupan baginda.

Di samping itu, buku ini turut memuatkan profil ringkas perawi hadis dalam kalangan sahabat dan tabiin supaya pembaca mendapat maklumat mengenai periwayat hadis Rasulullah SAW.

Cinta Nabi mengandungi keutamaan yang sangat besar kerana cinta kepada Nabi Muhammad SAW boleh menempatkan kita pada darjat yang tinggi di syurga. 
 
 Umat Islam perlu kembali menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan untuk menjadi bangsa yang berjaya di dunia serta akhirat. Baginda diutuskan untuk menjadi teladan kepada seluruh manusia menepati firman Allah SWT, bahawa Rasulullah SAW itu contoh ikutan terbaik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...