Keputusan Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4


Kilauan Emas musim keempat (KE4) akhirnya menobatkan peserta dari Pahang, Arip atau Omar Sharif Mat Din, sebagai juara dalam Konsert Mega Akhir KE4 yang berlangsung malam tadi.

Lagu Di Pintu Mahligai, Ceritera Cinta dan medley Aku Tak Bisa serta Hakikat Sebuah Cinta yang didendangkan Arip membawa tuah apabila muncul sebagai juara untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, kereta Toyota Camry dan pakej percutian ke Bali, Indonesia.    
Zain atau Md Zain Ramli, 45, memenangi tempat ke dua dan membawa pulang wang tunai RM50,000, kereta Toyota X-Gear serta pakej percutian ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Manakala, Ben atau Benasil Kudong, 65, memenangi hadiah wang tunai RM30,000, kereta jenis Perodua MyVi dan percutian ke Bandung, Indonesia selaku pemenang di tempat ke tiga.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...