SEPANG 6 Jun - Pengedar motosikal jenama Ducati, Next Bike (Next Bike) Sdn. Bhd. hari ni menawarkan sebanyak 10 unit motosikal Ducati Panigale 1199 Edisi Kejuaraan sempena perlumbaan Kejuaraan Dunia Superbike FIM di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Pengurus Besar Next Bike, Juan Chow Wee berkata, edisi terhad ini menampilkan Panigale yang dipertingkat dengan kuasa kuda dengan penggunaan sistem penuh ekzos Termignoni.
"Panigale Edisi Kejuaraan ini mampu menjana kuasa 195hp pada 10,750 rpm dan sesuai untuk perjalanan di lebuh raya dan litar perlumbaan.
"Model 1199 Panigale Edisi Kejuaraan ini juga siap untuk perlumbaan kerana ia merupakan model yang mengambil contoh satu sama satu dengan motosikal perlumbaan pasukan Ducati Superbike yang menyertai perlumbaan di sini," katanya.
Beliau berkata demikian pada pelancaran Ducati 1198 Panigale Edisi Kejuaraan 1199 di SIC di sini hari ini.
Turut hadir, dua pelumba Pasukan Ducati Superbike, Chaz Davies dan Davide Gugliano serta Naib Presiden Kanan Tugas-Tugas Khas dan Korporat Naza World, Abdul Hamid Ismail; Naib Presiden Kanan Kumpulan Eftra, Zakaria Ismail dan Presiden Kelab Ducati Malaysia, Nageb Majid.
Chow Wee turut menambah, edisi terhad jentera dua roda yang dilancarkan hari ini itu dijual dengan harga RM160,888 dan peminat motosikal itu boleh membuat tempahan bermula hari ini.
