Sanggul bonggol unta


Fesyen terbaharu sekarang adalah pemakaian sanggul tinggi. Mereka walaupun kelihatan memakai tudung, tetapi sebenarnya memberi helah bagi membuktikan rambut panjang dan hendak menarik pandangan lelaki.

Mereka bukan ikhlas bertudung bagi memenuhi suruhan Allah dan ibadat, tetapi sebaliknya.

Seperti hadis Nabi SAW yang bermaksud:
 
 “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya dan wanita berpakaian, tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala mereka umpama bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya iaitu bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian-sekian jauh.” (Syarh Shahih Muslim)

Sanggul bonggol unta

Hadis ini dikemukakan Imam an-Nawawi dalam kitab Sahih Muslim. beliau menyebut:

“Makna bonggol unta itu ialah wanita yang membesarkan kepala dengan tudung. Mereka meletakkan apa saja bagi membesarkan kepala sehingga seolah-olah kelihatan kepala mereka bagaikan bonggol di atas unta.” 
Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan. 
 
Aurat wanita adalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali telapak tangan dan muka, manakala aurat bagi lelaki pula dari pusat sehingga lutut.      

 “Katakan kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya...” (Surah an-Nuur, ayat 31)     
 
Ini yang dikatakan dunia akhir zaman. Seperti yang kita lihat pada zaman sekarang perempuan tidak
 lagi menitikberatkan aurat.  -BH-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...