Penjawat awam, pesara dapat bantuan khas sempena Aidilfitri 2014

Penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54 akan menerima Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Seramai 684,000 pesara kerajaan juga akan menerima bantuan khas sama bernilai RM250 sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka

Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 15 Julai ini.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi satu kenyataan petang ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara itu membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

"Kerajaan berharap dengan bauaran Bantuan Khas Kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran," katanya.-BH-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...