sambutan baik Pasar Kemboja di Nibong Tebal dan Parit Buntar memberi ilham mewujudkan pusat itu di daerah berkenaan.
Majlis Daerah Bandar Baharu menyediakan lebih 100 tapak untuk peniaga serta kemudahan lain seperti tempat letak kenderaan percuma dan tandas awam yang sempurna.
Pasar itu beroperasi pada Jumaat dan Isnin dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari.
Pelbagai barangan fabrik dan tekstil boleh didapati dengan harga borong walaupun kita membelinya cuma sehelai.
Kain telekung Vietnam dijual dengan harga serendah RM40 dan tudung pelbagai jenis boleh didapati dari harga RM5 sehelai.
Kebanyakan peniaga mengimport kain-kain itu dari Vietnam dan Kemboja tanpa membabitkan orang tengah, justeru harganya lebih murah.
Sambutan luar biasa ini membuatkan pihak pentadbiran daerah bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Lembaga Penggalakan Pelancongan bagi memasukkan Pasar Kemboja Bandar Baharu sebagai destinasi wajib pelancongan negeri ini.
Sempena Aidilfitri ini, Pasar Kemboja akan dibuka setiap hari sehingga hari terakhir umat Islam berpuasa untuk memudahkan orang ramai mendapatkan kelengkapan hari raya.