Honda Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan generasi ketiga, Honda Jazz
Kereta kompak yang melakukan pemasangan tempatan (CKD) itu hadir dengan tiga varian iaitu S, E dan V.
Ia dijual masing-masing RM72,800, RM79,800 dan RM87,800 atas jalan termasuk insurans.
Honda Jazz terbaru hadir dengan bentuk baru yang mana ruangan dalamannya lebih luas bagi sebuah kenderaan kompak.
Enjinnya menggunakan 1.5 liter yang menyalurkan 120 PS pada 6,600 rpm dengan tork setinggi 145 Nm pada 4,600 rpm.
Selain itu, ia dipadankan kotak gear CVT terbaru daripada Teknologi Earth Dreams yang menawarkan tahap penggunaan bahan api yang optimum.