Cara membeli di Internet
• Anda hanya perlu kunjungi laman beli-belah di Internet, kemudian cari dan pilih barang pilihan dan pilih cara pembayaran serta masukkan kiriman diminta dan semuanya siap.
• Bagi membeli barang pada harga lelong, anda diminta untuk menetapkan harga. Tetapkan sesuatu harga pada barangan pilihan dalam jangka masa ditetapkan.
• Keputusan pembelian akan diberitahu di laman sama.
• Jika anda berjaya, lakukan langkah sama seperti cara belian di Internet seperti biasa, tetapi jangan lupa untuk mencetak setiap dokumen atau borang yang anda isi di Internet sebagai rujukan.
Agensi keselamatan siber, Cybersecurity Malaysia juga menyenaraikan kaedah pembelian secara online seperti berikut:
• Pastikan anda menaip alamat URL, bukan pautan daripada e-mel.
• Lihat https:\\ dan bukannya http:\\ saja.
• Berhati-hati dengan popup keselamatan.
• Gunakan kad kredit berbanding kad debit. Kad kredit membolehkan anda membatalkan pembelian segera dan tidak dicaj, namun kad debit boleh menyebabkan wang ditolak daripada akaun dan sukar dikembalikan.
• Gunakan kata laluan akaun yang ketat.
• Baca dulu polisi privasi.
• Lihat waranti.
• Simpan salinan pembelian.