Burger BAKAR 11 tingkat di KUANTAN !!!

Burger Bakar Big Show setinggi 11 tingkat sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia 2014 menanti penggemar burger di Big Show Station Cawangan Balok, Kuantan.
Burger bakar itu dilapisi kepingan daging lembu dan ayam serta kepingan keju dan salad di sekelilingnya.

 
pelanggan boleh memilih daging lembu, kambing atau ayam atau ketiga-tiganya untuk hidangan ‘burger piala dunia’ itu.

Walaupun harganya agak mahal iaitu RM71, ia berbaloi dan pelanggan mengakui berpuas hati menikmatinya.

“Pelanggan boleh memesan menu itu selepas piala dunia kerana ia semakin dikenali ramai yang turut mempunyai cawangan di Indera Mahkota 8 (IM8).

Burger bakar boleh didapati pada harga RM6 hingga RM27 bergantung kepada jenis dan saiznya.

turut disediakan nasi lemak kukus chicken chop bakar (RM10), beef steak bakar (RM10), lamb chop bakar (RM13), meatball dan chicken ball bakar (RM4) dan aiskrim goreng (RM2)

“Setiap pesanan sama ada burger, bebola daging, lamb chop serta beef steak semuanya dibakar tanpa minyak.

BURGER BAKAR  menggunakan batu gunung berapi yang dipanaskan menggunakan dapur gas bagi mengelak ia mengeluarkan asap dan habuk berbanding arang biasa


 100 daging (lembu dan ayam) yang diproses sendiri

“Sebanyak 20 kilogram daging diproses selama hampir dua jam sebelum disejuk beku.

“Burger bakar ini unik kerana intinya dicampur rempah ratus mengikut resipi sendiri



JOM goooooooal ke KUANTAN SAMBIL makan BURGER BAKAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...