Bolehkah Berenang ketika Berpuasa?

Seseorang yang berenang ketika berpuasa seperti nelayan ataupun bertugas sebagai perenang professional ataupun seseorang yang sengaja menyejukkan badannya TIDAK membatalkan puasa.


Cuma dia hendaklah mengawal semampunya agar air tidak masuk ke dalam perutnya. Tiada alasan untuk puasanya dianggap batal hanya kerana dia berenang dalam air.
...
Bahkan as-Syeikh Muhammad Salih Ibn Uthaimin pernah menyebut dalam fatwanya berenang itu mungkin boleh mencerdaskan dan meringankan beban ke atas seseorang ketika ibadah maka tiada larangan untuk itu.

Sesiapa yang berenang untuk menyejukkan badan ketika berpuasa jbukan satu kesalahan. Menyejukkan badan ataupun mengurangkan dahaga dengan menyiram ke atas kepala air ketika puasa pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w.

 Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

-DrMAZA.com-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...