Daripada Abu Hurairah ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ,
Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ telah bersabda “ Umatku telah diberikan dalam...
Ramadhan lima perkara yang belum pernahdiberikan kepada mana- mana umat pun sebelum mereka .
1 . Bau busuk mulut orang yang berpuasalebih harum di sisi Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ daripada bau kasturi.
2 . Ikan -ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3 . Setiap hari Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ akan menghiaskan syurgaNya dan berkata
“ Telah hampir masanya hamba -hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban -beban dan mereka akan datang kepadamu .”
4 . Dirantaikan syaitan -syaitan yang jahat didalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini
apa yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain .
5 . Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan . Ditanyakan kepada Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ “ Adakah ia Lailatul - Qadr ?”
Baginda menjawab, “ Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila telah menyelesaikan kerjanya .”
(Hadith riwayat Ahmad, Bazzar , Baihaqi,Ibnu Hibban – ar- Targhib