Tolak makanan tidak halal

kita sebagai pengguna yang tentukan apa yang nak dibeli dan dimakan. Jika was-was jangan beli! Isu coklat Cadbury bukan pertama, sebelum ini, dah banyak produk makanan yang disahkan mengandungi DNA, gelatin babi dan bahan terlarang lain.

Jadi macamana? Semuanya terletak pada individu sendiri. Pengguna perlu tahu apa maksud halal dan haram. Banyak maklumat boleh dibaca di dalam laman sesawang, portal atau semak sumber lain mengenai cara dan kenal pasti status halal haram.


Perlu ingat makanan akan jadi darah daging kita. Seperti kata Iman al-Ghazali

makanan yang halal dapat menambah cahaya iman dan membuatkan doa terkabul dan makanan haram akan mengelapkan hati.

Jadi semua Muslim dan Muslimat pilihlah makanan atau produk yang menepati hukum syarak dengan mengutamakan yang halalan dan tayyiban.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...