TIPS MENJADI SUAMI ROMANTIK

Sentiasa senyum
Sentiasalah mengukir senyum kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pon tak jadi bila tengok anda memberi senyuman manis memikat.
.
Pakaian sedondon
Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon ni seperti t-shirt. Tapi ada pasangan yang tak gemar memakai t-shirt, jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika pasangan memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt biru. Jika ada anak pon, pakaikanlah anak juga baju warna biru.

Kunjungi Tempat Yang Romantik
Sesekali membawa pasangan pergi ke tempat-tempat peranginan pon apa salahnya. Contoh seperti di tepi pantai, atau di cameron highland ke… Bila tiba anniversary, apa salahnya anda membawa pasangan bercuti untuk honeymoon sekali lagi.

Memberi Kejutan
Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulang tahun perkahwinan. Contohnya anda telah menempah satu tempat makan ekslusif untuk pasangan manakala pasangan tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda membawanya ke situ dan di atas meja telah tersedia hadiah istimewa untuk pasangan. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik.

Pandai Memujuk
Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk yea. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak tau je, tiba-tiba esok jumpa buat macam takde apa-apa berlaku. Tak patut macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Pasti pasangan anda cair dibuatnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...