TIPS MENJADI SUAMI ROMANTIK


Rajin Beri Bunga
Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perkahwenan, berilah hari-hari biasa pon ok, janganlah bagi sampai sejambak, bagi sekuntum pon dah boleh membuatkan pasangan anda berasa di awang-awangan. Pasti senyum memanjang

Ungkapkan Ucapan Sayang
Jangan pernah bosan untuk ungkapkan kata-kata sayang atau cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pon takpe, masih boleh sms, atau paling manis tulis saja di atas kertas, atau tisu dan letakkan saje di atas meja solek ke, tepi katil ke, atas bantal ke… Tak ke romantik tu namany

Pandang Mata Pasangan
Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandang lah dengan penuh kasih sayang.

Bicara Dengan Lembut
Berbicaralah dengan pasangan dengan kata-kata dan bahasa yang lembut. Dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda tu lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar, maka anda main lepas je nak cakap apa-apa. Tolong control emosi ketika berbicara ok.

Berpimpin Tangan
Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama.(suami isteri)

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...