Tips Kehamilan semasa Ramadan
Tips berikut akan bermanfaat untuk memastikan ibadah puasa yang selamat:
•Makan makanan yang berkhasiat untuk bersahur atau makan awal pagi.
•Jangan sekali-kali terlepas makan pagi.
•Minum banyak air tetapi cuba untuk menjauhkan diri dari minuman yang mengandungi kafein seperti kopi atau teh.
•Mengambil semua jenis makanan dalam kesederhanaan, termasuk pengambilan garam dan gula.
•Dapatkan rehat secukupnya dan cuba elakkan aktiviti berat.
•Cuba sejukkan diri pada siang hari dan tinggal di dalam bangunan selama yang mungkin.
•Semasa berbuka puasa, makan perlahan-lahan. Usus telah berehat pada siang hari, dan ia akan mangalami 'kejutan' jika tidak dimakan dengan perlahan.
•Dalam tempoh yang tidak berpuasa, pada waktu malam, ambil makanan ringan yang sihat dengan kerap untuk memastikan anda mempunyai khasiat keperluan harian anda.
•Sentiasa memilih atau membeli makanan daripada kedai yang bersih.
Walaupun telah diberi lampu hijau, sentiasa mengenal pasti tanda-tanda ini:
• Kekurangan pergerakan anak dalam kandungan
• Kontraksi abdomen
• Loya atau muntah-muntah
• Pening
• Demam
• Sakit belakang
• Sakit semasa membuang air kecil
• Sakit kepala
• Lemah
• Rasa dahaga atau lapar yang melampau
Sekiranya anda mengalami mana-mana tanda ini, dinasihati anda segera berjumpa dengan doktor anda, kerana ia boleh menjadi petanda anda mungkin bermasalah.
Apa yang harus diberi penekanan di sini adalah bahawa kehamilan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada puasa.