Standard Malaysia Berkenaan Makanan Halal (MS 1500:2009)


Standard Malaysia bertajuk ‘Makanan Halal:Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (MS 1500:2009) telah dibangunkan di bawah Sistem Pembangunan Standard Malaysia yang di bawah tanggungjawab Jabatan Standard Malaysia (DSM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Standard Malaysia ini merupakan satu daripada lima inisiatif Kerajaan di dalam merealisasikan Malaysia sebagai pusat makanan halal.

Standard ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Standard Perindustrian Kebangsaan yang berkaitan dengan Halal (ISC I) yang mana telah diwakili oleh pelbagai organisasi termasuk JAKIM yang merupakan Pengerusi kepada Jawatankuasa Teknikal

Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia. Ia akan digunakan oleh JAKIM sebagai asas untuk pensijilan tetapi akan ditambahkan dengan banyak keperluan yang lainnya bagi melengkapkan proses pensijilan.

Dokumen ini telah melalui proses yang diselaraskan kepada keperluan standard antarabangsa sebagai contoh; Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO), di mana sistem pembangunan standard antarabangsa adalah asas persetujuan semua pihak yang berkepentingan seperti Kerajaan, sektor swasta, NGO, penyelidik dan badan-badan profesional. Malaysia (DSM) menggunakan polisi ISO yang sama.

Jabatan Standard Malaysia,
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...