Sejak 1999,Campbell menjadikan Boeng 727 sebagai rumahnya di pinggir bandar Portland dan menghabiskan masa enam bulan setiap tahun di situ. bekas jurutera elektrik itu menanam impian iaitu ‘menyelamatkan pesawat daripada menjadi besi buruk dengan membinanya semula menjadikan sesuatu yang berharga’.
Campbell, 64, menjadikan tugas itu sebagai sebahagian daripada matlamat hidupnya
Campbell berusia awal 20-an ketika dia membayar kira-kira AS$23,000 (RM74,000) untuk tanah seluas 10 ekar, tempat terletaknya pesawat itu kini.
Rancangan asalnya ialah mengubahsuai van pengangkutan untuk menjadikannya kediaman, tetapi dia kemudian memutuskan sebuah pesawat adalah lebih baik.
Dia membeli pesawat 727 itu selepas mendengar cerita seorang pendandan rambut yang berjaya mengubah pesawat lama untuk dijadikan rumah.
Sekarang, dengan kira-kira AS$220,000 (RM706,000) dan selepas bertahun-tahun bekerja serta dengan pengalaman yang diperoleh, Campbell sedia melakukannya sekali lagi.


