Pesalah cermin gelap tetap kena bayar saman
Pesalah trafik yang disaman kerana cermin gelap, sebelum undang-undang baharu mengenainya dipinda, masih perlu membayar saman mereka.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff, berkata kesalahan trafik cermin gelap yang lepas tetap dikira salah kerana ia masih lagi mengikut kadar ketelusan cahaya 70 peratus bagi cermin depan dan 50 peratus bagi lain-lain cermin.
-BERNAMA-
