Bermula hari ini Perodua Viva turun harga sebanyak RM5,300
Perodua mengurangkan harga atas jalan semua varian Viva sehingga RM5,300, berkuat kuasa hari ini, di semua 181 premis jualannya di seluruh negara.
Perodua berkata ia juga akan memberi bonus tunai RM800 kepada mereka yang menempah Viva mulai hari ini hingga 31 Ogos.
pelanggan juga disediakan pakej perkhidmatan percuma selama tiga tahun yang kini ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua.

