Niat Puasa Ramadhan :Rukun , Bilakah Waktu & Kaedah Niat


Rukun puasa mudah sahaja. Ada dua rukun puasa:

 1. Niat.
2. Menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Mana ada sampai beratus-ratus.


 Niat puasa adalah di hati. Lafaz untuk berpuasa di mulut bukanlah niat. Ia hanya sekadar lafaz sahaja. Masyarakat Islam di Malaysia biasa berlafaz dalam bahasa Arab iaitu:

Niat puasa
"Sahaja aku berpuasa esok hari bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala."

Niat ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak berazam puasa sebelum fajar maka tiadalah puasa baginya."

Bilakah waktu niat? Kalau niat jam 9 pagi okay ke?

Hendaklah berniat untuk berpuasa sebelum terbit fajar atau sebelum masuk waktu solat Subuh. Niat ini sebenarnya mudah saja. Jika ada lintasan hati hendak berpuasa, maka itulah niat. Kalau bangun sahur sudah tentu ada niat. Kenapa makan sahur waktu pagi-pagi buta.

Cuma para ulama mempermudahkan sikit waktu niat bagi puasa sunat. Kalau puasa wajib seperti Ramadan dan puasa nazar, maka niat puasa mestilah pada waktu malam sebelum terbit fajar. Adapun puasa sunat, maka diharuskan berniat sebelum gelincir matahri iaitu sebelum masuk waktu solat Zuhur.

Orang tua-tua kata kena niat puasa setiap malam. Hai, susah juga tu. Kalau niat borong untuk sebulan terus, boleh tak?

Asalnya hendak berniat puasa setiap malam. Boleh juga diniatkan berpuasa sebulan sekali. Misalnya pada malam pertama Ramadan, kita berniat untuk berpuasa satu bulan Ramadan.

Di samping itu, kita juga berniat setiap malam. Kalau terlupa niat pada malam-malam tertentu, maka memadai niat sebulan tersebut.
KAEDAH BERNIAT

Niat puasa mestilah pada waktu malam. Oleh itu, boleh berniat sebelum tidur. Umpamanya, berniat pada jam 10 malam. Niat itu tidak terbatal walaupun selepas itu kita tidur, makan dan sebagainya. Bahkan kalau niat puasa untuk esok hari ketika sedang berbuka puasa pun boleh. Ini kerana niat puasa itu mestilah pada waktu malam iaitu di antara waktu solat Maghrib hingga waktu solat Subuh.
 

Ketika kita niat tu perlu ke kita sebut puasa apa, puasa Ramadan ke, puasa sunat ke?

Ini juga syarat penting ketika niat. Jadi tak bolehlah kalau hanya diniatkan puasa sahaja atau puasa mutlak. Oleh itu, kalau puasa Ramadan maka hendaklah diniatkan untuk puasa Ramadan. Tapi tak jadi masalah kerana kalau memang sedang dalam bulan Ramadan, maknanya puasa ini memang puasa Ramadan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...