Neymar mengetuai senarai pemain paling popular di Twitter selepas lebih 150 negara menghantar 12.2 juta mesej menerusi laman berkenaan ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia.
namanya muncul sebagai pemain paling kerap disebut di laman berkenaan yang dipantau pengendali Twitter di sepanjang perlawanan di Sao Paulo
Penyerang berusia 22 tahun itu menambah 165,000 pengikut di akaun miliknya, @NeymarJr sejak hari pembukaan Piala Dunia menjadikan keseluruhan pengikutnya melonjak kepada 11 juta orang.
