MENGAPA KITA HARUS MEMOTIVASIKAN DIRI
- Motivasi diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri seseorang itu ke sebarang tahap yang diingininya.
- Orang yang benar-benar berjaya sentiasa sedar akan tanggungjawabnya dalam motivasi diri sendiri. Dia memulakan dari dirinya sendiri, kerana dialah yang memiliki kunci penggerak dirinya.
- Alasan yang lumrah yang menyebabkan kegagalan seseorang itu ialah kerana mengabaikan sama sekali tenaga motivasi diri sendiri.
- Adalah mustahil untuk memotivasikan diri orang lain, sebelum kita belajar memotivasikan diri kita sendiri.
- Peluang akan berada di mana-mana bagi seseorang yang mengerti dan mengunakan motivasi diri sendiri.
- Orang yang bermotivasi diri sendiri melibatkan diri, orang-orang biasa hanya berjanji.
- Pada asasnya apa yang kita perolehi dari hidup ini bergantung kepada bagaimana kita menyesuaikan apa yang kita mahu dengan motivasi diri sendiri.
- Tenaga motivasi diri sendiri datang dari satu tindakan rancangan peribadi teguh dan pelaksanaan rancangan tersebut dalam kehidupan anda setiap hari.
- Jika kita tidak dapat memanafaatkan tenaga anda dan potensi anda sendiri maka mental kita akan terlantar sepanjang hayat.