LELAKI MANJA KETIKA SAKIT ?

Yale : Lelaki biasanya lebih manja, mahukan perhatian dan simpati apabila demam dan selesama kata satu kajian.

Kajian pertubuhan kesihatan pengguna The Engage Mutual melaporkan 57peratus lelaki mengharap perhatian dan simpati apabila sakit, manakala dua pertiga suka merengek dan merungut.
...
Lelaki menganggap selesema biasa sebagai demam dan sedikit pening kepala sebagai migrain. Mereka mahu dilayan seperti seorang anak kecil tetapi pada masa yang sama mahukan si isteri melaksanakan urusan rumah tangga seperti biasa. kata pertubuhan itu.

Gen MicroRNAs
Penyelidik percaya keadaan itu berpunca daripada gen MicroRNAs yang mempunyai hubungan dengan fungsi imun dan dikeluarkan oleh kromosom X.

Wanita lebih upaya menetang komplikasi akibat kecederaan atau jangkitan kerena mereka memiliki dua kromosom X berbanding satu dimiliki lelaki, kata kajian yang disiarkan BioEssays.

Pakar perbidanan dan sakit puan Sekolah Perubatan Yale, Profesor Mary Jane Minkin, berkata suami memerlukan isteri untuk menjaga mereka ketika sakit kerana kajian menunjukkan lelaki antara 20 dan 40 tahun jarang bertemu doctor.

Lelaki biasanya takutkan doktor dan apabila sakit sedikit mereka sangat risau.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...