Sudah niat Puasa semua? Jangan lupa, niat itu di dalam hati dan bukan dengan lisan di mana tidak disyaratkan ‘Talaffuz’ iaitu menyebut niat dengan lisan.
• Bagi puasa wajib, niat disyaratkan hendaklah dibuat pada malam hari, iaitu selepas terbenam matahari hingga sebelum subuh. Pendapat yang sahih dalam mazhab Syafie ialah tidak sah niat yang serentak dengan ketibaan waktu fajar.
• Niat hendaklah dilakukan pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan. Ini berdasarkan pendapat Imam Syafie, Abu Hanifah dan riwayat paling sahih dari Imam Ahmad.