Walaupun tuan rumah tampak ketinggalan selepas skuad Peteh bermula garang menerusi dua jaringan Moustapha Dabo dan Mohd Nor Farhan Muhamad, namun dua ledakan Jorge Pereyra Diaz dan Mahali Jasuli selepas itu menyaksikan kebangkitan skuad Harimau Selatan.
Kukuh kedudukan Begitupun, selepas mengasak bertubi-tubi akhirnya skuad bimbingan Bojan Hodak berjaya juga memecah kebuntuan apabila Diaz menjaringkan gol pertama pasukannya pada minit ke-21 hasil hantaran Mahali, sebelum menyamakan kedudukan pada minit ke-36 menerusi sepakan percuma.
JDT terus mendahului pasukan Terengganu pada minit ke-44 menerusi Mahali yang bijak menghukum tampanan tidak kemas Mohd Sharbinee Allawee yang sebelum itu menyelamatkan sepakan Mohd Amri Yahyah.
Sebaik perlawanan separuh masa kedua disambung, JDT terus menguasai rentak permainan dan hasilnya pada minit ke-53, skuad Harimau Selatan berjaya mengukuhkan kedudukan hasil sepakan penalti yang disempurnakan Diaz untuk sekali gus catatan hatriknya.
Terengganu cuba bangkit selepas itu, namun beberapa cubaan pasukan berkenaan dapat diselamatkan Izham Tarmizi. Gol ketiga pelawat hadir juga pada minit ke 83 hasil jaringan Vincent Bikana, namun ia tidak cukup menghalang tuan rumah menang 4-3.