Filem komedi seram hasil gabungan inspirasi filem Adnan Sempit dan Hantu Bonceng ini mengisahkan pada suatu malam Adnan pulang ke rumahnya dengan menaiki motorsikal. Tiba-tiba dia terlibat dengan sebuah kemalangan misteri. Adnan hilang tanpa dikesan dan kehilangannya menjadi tanda tanya apabila yang tinggal cuma motorsikalnya sahaja di tempat kejadian.
Hantu Nan Sempit dibintangi beberapa pelakon terkenal seperti Hazama Azmi, Jue Aziz, Erin Malek dan Soffi Jikan