Cinta laman sosial...
Sapaan di laman sosial atau aplikasi perbualan, mencetus bibit pelbagai rasa. Bagi pasangan suami isteri, sapaan tidak diundang daripada pihak ketiga, petanda ombak besar membadai.
Tidak terkecuali, bagi individu, yang dengan sengaja mendedahkan kerahsiaan rumah tangga termasuk berkongsi foto peribadi atau luahan ketidakpuasan hati terhadap pasangan, untuk dijadikan ‘santapan umum’, ia bagaikan sengaja mengundang masalah antara pasangan.
Dengan 1,001 cerita negatif berhubung implikasi laman sosial, termasuk antara punca perceraian pasangan di negara ini, ia terus saja mengundang minat berbillion pengguna terhadapnya tanpa mengira sempadan usia dan jantina. -BH-
