BMW R Nine T 2014

 

Sempena ulang tahun ke-90 BMW Motorrad, BMW Group Malaysia memper­kenalkan motosikal
terbarunya menerusi BMW R nine T yang tampil bentuk roadster klasik.enjin boxer dwi silinder yang sinonim dengan motosikal keluaran BMW sejak 90 tahun lalu, di mana ia direka untuk ketahanan, selain penghantaran kuasa tork serta menghasilkan bunyi mengagumkan.

Selaku nadi BMW R nine T, enjin bersesaran 1,170 cc itu menawarkan kuasa sehingga 110 kuasa kuda (hp) dengan tork mencecah 119 Nm pada 6,000 rpm.

Kuasa daripada enjin itu dihantar ke roda belakang melalui ‘aci pacu kardan’ dengan kombinasi padanan kotak gear enam kelajuan.

2014 BMW R nineT
 tempat duduk belakangnya boleh digantikan dengan penutup aluminium, sekali gus mengubah bentuk­nya kepada motosikal cafe racer klasik.

Rim hitam dengan lidi besi tahan karat turut menyerlahkan gayanya serta menekankan ciri keselamatan apabila menggunakan brek cakera ber­kembar berprestasi tinggi.

Kematangan dan keseimba­ngan BMW R nineT boleh dilihat jelas menerusi lampu utama berbentuk bulat dengan posisi secara menegak. Lampu itu kemudian digabungkan dengan warna kontras tiub ‘fork’ terbalik yang disaluti warna emas.

Pada masa sama, BMW Group Malaysia melancarkan BMW S 1000 R dengan konsep ‘naked’ yang diterjemahkan menerusi motosikal superbike BMW S 1000 R.

Personaliti BMW S 1000 R boleh dikenali dengan bentuk bahagian depannya yang rendah serta memiliki gaya agresif serta dinamik.

Pandangan depannya digabungkan dengan perumah lampu utama tidak simetri, ditambah pula
pemegang yang lebar untuk gaya tunggangan lebih santai.

Ia dikuasai enjin superbike menerusi model BMW S 1000 RR, tetapi ditala semula
untuk menghasilkan tork lebih tinggi dengan perbezaan 10 Nm bagi memberi maklum balas terbaik kepada penunggangnya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr Gerhard Pils berkata, pengenalan dua model itu bakal me­nyaksikan pertumbuhan jualan syarikatnya pada tahun ini berbanding 2013.

“Model BMW R nine T dijual pada harga RM115,800 manakala BMW S 1000 R berharga RM95,800,” katanya ketika pelancaran kedua-dua model itu di Petaling Jaya, baru-
baru ini.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...