1001 khasiat badam



Badam sering dikaitkan dengan perasaan dan emosi positif. Pada zaman dulu, masyarakat Rom menabur badam pada pasangan pengantin baru untuk mengucapkan selamat berbahagia dan sihat sejahtera.

Setiap tahun pada awal musim bunga, pokok badam berbunga lebat, tetapi masa untuk bunga putihnya bertukar menjadi buah berlarutan hingga Oktober.

Ranting dan pokok badam melambangkan sesuatu yang kukuh, utuh dan teguh. Keutuhannya membuatkan pokok badam dikenali sebagai pokok ‘pelindung’ di Provence, Perancis.

Ini kerana ia pokok pertama yang berbunga selepas penghujung musim sejuk. Ia membawa harapan dan petanda baik musim bunga akan tiba.


Kacang badam terkandung di dalam tempurung baldu berwarna hijau yang melindunginya daripada perubahan cuaca. Selepas musim sejuk, buah badam ini boleh dituai.

Kacang badam yang lazat dan harum itu juga terkenal kerana keupayaannya membantu melembutkan dan melicinkan kulit serta melangsingkan badan.

Justeru, L’Occitane mengambil peluang berkenaan untuk menggunakan badam sebagai bahan utama dalam koleksi produk penjagaan tubuh yang dihasilkan untuk membantu dalam melangsingkan badan.

Kegunaan badam tidak terbatas, bermula daripada isirung hingga tempurung. Isirung dikeluarkan meng–gunakan tekanan sejuk untuk mengekstrak susu sebagai pelembut kulit dan minyak yang kaya vitamin A dan E.

Tempurung keras bahagian luar badam pula dihancurkan untuk dijadikan bahan sentalan tubuh yang lembut manakala pucuk pokok diproses bagi melicin dan menyegarkan kulit.

Khasiat dan kebaikan badam diperoleh menerusi rangkaian produk penjagaan badan seperti bahan sentalan, minyak mandian dan losen edisi terhad yang diperkenalkan jenama berkenaan, baru-baru ini.

Untuk memastikan kelestarian badam, jenama berkenaan juga membeli sumber badam daripada penanam di selatan Perancis.


Fakta:

Ekstrak badam - menganjalkan kulit
Protein badam - melicinkan kulit
Minyak badam - melembutkan kulit
Mentega badam - melembapkan kulit
Susu badam - melembutkan kulit
Tempurung badam - bahan lulur atau penyental kulit.
Ekstrak pucuk pokok badam - melicin dan menyegarkan kulit


Empat cara mudah mencantikkan bentuk badan:

1. Menyental kulit dengan sentalan tubuh dua kali seminggu.

Gunakan bahan sentalan kulit untuk menanggalkan sel kulit mati. Partikel mikro dalam bahan sentalan ini merangsang peredaran mikro supaya tubuh dapat melupuskan toksin dengan mudah.

Membersihkan sel kulit mati yang berkumpul pada permukaan kulit juga menjadikan epidermis lebih mudah menerima khasiat produk penjagaan badan yang disapukan selepas sentalan tubuh.


2. Gunakan berus kering untuk membuang selulit.

Sebelum mandi setiap hari, gunakan berus bulu asli untuk memberus kulit ketika ia masih kering. Memberus kulit kering satu kaedah untuk mengurangkan selulit.

Ia juga membantu menganjalkan kulit, meningkatkan pembaharuan sel dan merangsang peredaran darah. Mulakan dari kaki hingga ke atas badan dalam gerakan satu hala, ke arah jantung.

Untuk lengan, berus dari tangan ke bahu dan dada. Jangan berus terlalu kuat!


3. Amalkan senaman otot seperti Pilates atau kickboxing

Jika anda mencari senaman baru, cubalah Pilate Ia menggerakkan seluruh badan setiap kali anda bersenam.

Pilates memberi tumpuan pada kekuatan teras untuk melatih seluruh badan bergerak serentak, sambil menguatkan otot dan menjadikan sendi lebih fleksibel.


3. Jangan hanya guna produk badam untuk penjagaan badan, tetapi anda juga perlu makan badam.

Sumber kekacang membantu menghidratkan dan menyerikan kulit. Badam sangat berkhasiat kerana ia kaya dengan nut– rien untuk mencantik dan menyihatkan badan.

Amalkan makan badam setiap hari untuk mendapat–kan khasiatnya. Kandungan vitamin E dalam badan menyihatkan kulit dan melindunginya daripada sinar ultraungu.-HM-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...