Peristiwa Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj perlu diingati seluruh umat Islam kerana ia membuktikan kebesaran Allah SWT dan kebenaran ajaran Islam. Kurniaan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW itu sebagai mengubat kesedihan Baginda atas kehilangan insan tersayang, iaitu isterinya Saidatina Khadijah.
Peristiwa Israk Mikraj perlu diingati kerana hikmah daripada perjalanan yang dirakamkan dalam al-Quran itu untuk meningkatkan keimanan kepada kekuasaan Allah SWT.  
Peristiwa Israk dan Mikraj yang turut diceritakan dalam kitab lain iaitu Taurat, Zabur dan Injil sudah diubah dan ia menyimpang daripada ajaran asalnya dengan tujuan merosakkan keyakinan terhadap Islam.
Justeru, umat Islam perlu menghayati ajaran al-Quran serta memahami sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW termasuk peristiwa besar membabitkan Baginda dalam menyebarkan syariat Islam kepada seluruh ummah. banyak yang dijelaskan kepada kita daripada perjalanan Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk Mikraj. Sebagai umat Islam, kita mampu mencapai kejayaan dalam kehidupan apabila kita menunaikan ibadah yang difardukan dengan sempurna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...