Keputusan Pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia Sempena Kongres ke-50

                     

TENGKU ABDULLAH PRESIDEN BARU FAM
 
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berjaya memenangi pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah mendapat 27 undi menewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meraih 12 undi.Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dipilih Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu selepas peroleh 27 daripada 39 undi, tewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam saingan dua penjuru, hari ini.
Pada pusingan pertama pemilihan, Tengku Abdullah meraih 24 undi manakala Tunku Ismail meraih 15 undi namun pemilihan terpaksa diadakan semula kerana keputusan itu tidak mencapai majoriti dua pertiga mengikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan Presiden FAM.
 
Presiden:

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
 
Timbalan Presiden:
  • - Datuk Seri Afandi Hamzah (KAFA)
  • - Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (FA Selangor)

Naib Presiden:
  • - Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (PAFA)
  • - Datuk Takiyuddin Hassan (PBMM)
  • - Datuk Sudarsono Osman (FA Sarawak)
  • - Datuk Rozabil Abdul Rahman (FA Perlis)

Pemenang  diputuskan menerusi pengundian melibatkan 39 perwakilan daripada 14 persatuan bola sepak negeri yang diberi peluang membuat dua undi untuk setiap satu jawatan (28 undi), serta daripada Angkatan Tentera (2), Polis (2), FA Melayu Malaysia (2), FA Cina Malaysia (2), Majlis Sukan India Malaysia (2) dan Persatuan Jurulatih Malaysia (1).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...