Terdapat beribu hikmah dan kelebihan pausa sunat antaranya ialah tanda bersyukur kita terhadap Allah SWT di atas rezeki serta kurniaan nikmat diberikan.
- Berpuasa mampu membantu memelihara kesihatan jasmani mahupun rohani.
Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat.” Sabda baginda lagi: “Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit.”
Diriwayatkan daripada Aisyah, “Adalah Rasulullah SAW amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis.” (Riwayat Imam Tirmizi)
- Puasa mampu menyucikan diri daripada sifat mazmumah seperti tamak, sombong dan hasad dengki.
- Berpuasa, ia mampu membersihkan jiwa yang kotor dan secara tidak langsung menerapkan sifat rendah diri terhadap orang lain dalam diri.
- Puasa juga mendidik jiwa dengan sifat belas kasihan terhadap orang lain yang hidup susah atau menderita. Dengan itu, kita akan merasai penderitaan hidup mereka yang kurang bernasib baik dan hidup serba kekurangan.
Kecerdasan akal
- Puasa sunat juga dapat membantu kita memperoleh kecerdasan akal dan fikiran seperti disebut dalam satu riwayat: “Orang yang berlapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya.”