5 cara DIDIK anak
1) Lebih pujian daripada teguran
- Jangan perbesar-besarkan kesalahan mereka sedangkan sifat baik mereka tidak langsung kita puji.
- Jangan hukum kesalahan yang tidak disengajakan. Jika kesalahan adalah disengajakan, beri teguran yang membina. Lepas itu baru boleh diberi amaran sekiranya kesalahan yang disengajakan itu diulang.
- Tampakkan pada mereka akibat buruk jika melakukan kesalahan. Cara ini akan menghadirkan rasa bersalah dalam diri mereka.
- Pastikan nilai ibu bapa adalah sama kerana ia akan mengelakkan anak-anak daripada keliru yang mana satu nak diikut. Jangan sesekali bertelagah di hadapan anak-anak.
- Contoh anak-anak yang nakal adalah menconteng dinding, menjerit atau memanjat. Bawa mereka ke taman rekreasi agar mereka dapat aktif. Manakala anak-anak yang jahat adalah apabila mereka suka berbohong atau dengki. Perbuatan yang jahat perlu ditangani berbanding perbuatan nakal.