Penumpang Nyaris Maut Bas Ekspres Terbabas Berhampiran R&R Gurun

GURUN, 19 Julai - Sebanyak 18 penumpang nyaris maut apabila bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuantan menuju Perlis terbabas di Km 82.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah ke utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, tayar sebelah kiri bahagian hadapan bas itu tiba-tiba meletup menyebabkan ia hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan hampi...r memasuki kebun kelapa sawit.
Pemandu bas berkenaan Lazzuan Ishak, 39, berkata seorang penumpang yang duduk di kerusi hadapan cedera pada muka akibat terhantuk.
Beliau berkata setelah bas hilang kawalan, dia cuba menekan brek dan mengendalikan bas tetapi bas terus merempuh penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.
"Saya dapat mengawal bas daripada merempuh beberapa batang pokok ketika bas menuruni kawasan berbukit menghala kebun kelapa sawit," katanya di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Arifin mengesahkan kejadian itu dan berkata keterangan pemandu bas tersebut telah diambil.
Sumber: BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...