Donetsk (Ukraine): Kumpulan pembeontak pro-Russia menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat MH17 kepada pegawai Malaysia di sini, hari ini.
Mereka juga mengisytiharkan gencatan senjata di zon 10 kilometer mengelilingi lokasi nahas umtuk membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan itu dengan selamat
Serpihan mempunyai satu lubang besar yang dikelilingi lubang-lubang kecil serta  tanda terbakar.
 Dua penganalisis pertahanan di London dan seorang bekas  juruterbang tentera meneliti foto berkenaan dan berpendapat tanda-tanda itu  konsisten dengan tembakan misil.
 Seorang penganalisis di Royal United  Services Institute di London, Justin Bronk percaya tanda-tanda itu menunjukkan  pesawat berkenaan ditembak jatuh oleh misil SA-11 yang dilancarkan dari  Buk-M1.
 "Saiz lubang serpihan peluru itu konsisten dengan apa yang boleh  dilihat daripada serangan SA-11.
 Bagaimanapun adalah sukar untuk menilai  keseluruhan pola letupan dengan serpihan kecil badan pesawat," katanya seperti  dipetik oleh FT.
 Kenyataan penganalisis itu menepati teori yang yang  popular setakat ini iaitu pesawat berkenaan ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah  yang pro-Rusia menggunakan misil SA-11 daripada Buk-M1.
 Kelengkapan  senjata itu didakwa dibekalkan kepada kumpulan tersebut oleh Rusia.
 Rusia bagaimanapun menepis dakwaan itu dan pada Isnin mendedahkan bahawa sebuah  pesawat tentera Ukraine dikesan terbang hampir dengan pesawat MAS yang nahas  itu.  
Rusia juga mengemukakan beberapa bukti lain yang menunjukkan serangan ke atas  pesawat MAS itu dilakukan oleh pihak tentera Ukraine.
 Tiga pakar itu  juga setuju bahawa serpihan badan pesawat itu datang daripada bahagian depan  sebelah kiri Boeing 777. Bekas juruterbang tentera udara itu pula berpendapat  berdasarkan petunjuk yang ada pesawat berkenaan ditembak di bahagian depan dari  sebelah kiri.
 Mereka juga mendakwa lubang besar pada serpihan badan  pesawat dalam foto berkenaan mungkin tanda letupan dari dalam ketika pesawat  hilang tekanan udara dengan pantas pada ketinggian 10,000 meter.
 Penganalisis di Institut Kajian Strategik Antarabangsa di London, Douglas Barrie  berpendapat kesan lubang itu konsisten dengan "serpihan letupan  peledak".
 Kedua-dua penganalisis itu bagaimanapun berpendapat siasatan  lanjut perlu dijalankan untuk mengetahui apa yang berlaku termasuk ujian kimia  sisa letupan.
 Menurut FT, serpihan badan pesawat dalam foto itu ditemui  di belakang rumah seorang penduduk kampung berdekatan lokasi nahas. Penduduk itu  kemudian memindahkannya ke tepi jalan kerana merasakan ia penting.   
-AWANI-
